Datuk Wira Cetus Fenomena Galak Berniaga Bisnes Online
Azizan Osman
FB : Azizan Osman
*****
Terdapat banyak usahawan termasuk usahawan muda-muda telah berjaya dengan hanya menggunakan platform online untuk meluaskan pasaran supaya produk mereka dapat diketahui oleh lebih banyak pengguna dalam pasaran yang besar ini.
Hal ini kerana perniagaan online sangat mudah untuk diuruskan kerana setiap urusan hanya atas talian dan tidak perlu diuruskan di sesuatu tempat dalam tempoh yang lama.
Berikut adalah antara 5 sebab bagi usahawan mulakan bisnes online :
* Tidak perlukan modal yang besar
* Tidak perlu taraf pendidikan yang tinggi
* Boleh dilakukan di mana saja
* Risiko yang rendah
* Bebas masa

Tips Utama Dan Terpenting Dalam Mendidik Diri Menjadi Usahawan
Mulalah membaca buku keusahawanan, biografi usahawan berjaya atau menghadiri seminar usahawan. Sentiasa dan banyak bergaul dengan usahawan lain akan memberi lagi input kepada diri kita sendiri untuk lebih memahami dan mengetahui dunia keusahawanan.
Semua ini sedikit sebanyak akan mencambah minat dan semangat kita. Antara Mentor Usahawan yang sangat dikenali dan sentiasa dekat dengan usahawan adalah Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Mentor Usahawan : Datuk Wira Dr Azizan Osman
Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan seorang World Class Business Educator dan Asia’s No. 1 Business, Marketing & Leadership Coach. Beliau terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat keputusan yang sangat baik.
Malahan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.
“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran. Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?
Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan ‘mati’! Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.
Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk ‘mati’. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.
Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma ‘malas’ nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.”

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang “10 Cabaran Bisnes, Selepas Pandemik dan 2022” ini dalam live session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada setiap Ahad pukul 8 pagi. Berminat untuk turut sama sertai boleh klik di saluran Telegram Azizan Osman Official .
Related Post : Future Proof Your Business, The New Retail Innovations & Interventions
