• Saturday, 4 February 2023
AEON Searches For Raja Viral With RM80,000 Cash Prizes
03 Dec
1:11

AEON Searches For Raja Viral With RM80,000 Cash Prizes

AEON Retail Malaysia

FB : AEON Retail Malaysia

*****

Syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka Malaysia, AEON CO. (M) BHD. (AEON) berkolaborasi dengan selebriti kredibel, Datuk Aznil Nawawi berserta aplikasi media sosial tersohor, TikTok untuk menerbit siri kandungan digital interaktif yang berjudul Raja Viral.

raja viral datuk aznil nawawi aeon tiktok collaboration pak nil

Datuk Aznil seorang pengacara dan pelakon popular, selaku pencipta bersama siri Raja Viral yang akan memulakan siarannya di saluran TikTok AEON Retail Malaysia dan YouTube AEON Malaysia bermula 2 Disember 2022.

raja viral datuk aznil nawawi aeon tiktok collaboration performance

Raja Viral akan menyaksikan seramai 12 pempengaruh TikTok berusaha menyiapkan tugasan diberikan selama 8 minggu untuk berebut hadiah wang tunai RM80,000. Menariknya, sebahagian besar peserta mula berjinak dalam dunia TikTok sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana di seluruh negara dengan menghasilkan kandungan video kreatif sehingga tular.

raja viral datuk aznil nawawi aeon tiktok collaboration participants

Sepanjang pertandingan, peserta dikehendaki mencipta kandungan video baru mengikut tema berbeza setiap minggu seperti mengedit, ulasan makanan, resepi inspirasi dan juga parodi. Mereka akan dibimbing oleh Datuk Aznil yang juga mentor dan juri utama Raja Viral untuk menjadi duta jenama yang lebih baik.

raja viral datuk aznil nawawi aeon tiktok collaboration mia nguyen

Selain itu, AEON akan menyediakan 3 sesi bengkel yang dikendalikan TikTok Creative Lab untuk semua peserta.

raja viral datuk aznil nawawi aeon tiktok collaboration low ngai yuen

Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, “Menerusi Raja Viral, AEON menyasarkan pendekatan untuk merapati konsumer di kalangan generasi muda yang amat aktif di atas talian untuk memperolehi sumber hiburan dan informasi. Selain itu, AEON juga berazam untuk mengembangkan komuniti pencipta digital yang boleh mengubah impak tular kepada positif terhadap orang ramai.”

raja viral datuk aznil nawawi aeon tiktok collaboration launching event

12 pempengaruh TikTok yang menyertai siri Raja Viral ini adalah :

1. Daing Iskandar Mohd Tahir (@daing.ellando)
2. Ahmad Safwan Abdul Malek (@apanmalek)
3. Mohd Daud Suhaimi (@daudreny46)
4. Nur Fatihah Kamal (@tiyakamal2)
5. Mohammad Shohaimi @ Mr Wong (@tokmiewong)
6. Rusydi Sayuti Rosli (@rusydi.official)
7. Tunku Zarizah Tunku Zahrin (@kuzamieza)
8. Izzat Haikal Abdul Hakim (@_ijathaikal)
9. Fazza Syahir Mohd Zulkifli (@fazza.ellando)
10. Nur Salynata Salim (@salynata)
11. Muniswaran Harirama (@muniswaranharirama)
12. Muhammad Khuzaimie Lemat (@abang_panda4.0)

raja viral datuk aznil nawawi aeon tiktok collaboration host

Nantikan siri Raja Viral setiap Jumaat di YouTube AEON Malaysia dan TikTok AEON Retail Malaysia mulai 2 Disember 2022. Episod Finale yang mengumumkan pemenang Raja Viral akan disiarkan secara langsung di TikTok di bulan Februari 2023. Raja Viral dijayakan dengan sokongan Birds of Paradise dan Carrie Junior selaku penaja utama.

Related Post : RM20,000 Given Away To Mission Foods & AEON #PowerYourLunchBox Contest Winners

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *